YBhg. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini, 12 April 2022.

Perbincangan meliputi pelbagai cadangan kerjasama antara IIM dan KPKT dalam usaha membudayakan integriti dan governans dalam organisasi di bawah bidangkuasa KPKT seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

IIM turut mengambil peluang kunjungan hormat ini untuk menerangkan tentang produk-produk dan perkhidmatan baharu yang bakal dilancarkan oleh IIM dalam masa terdekat. Untuk makluman, IIM akan melancarkan satu produk inovasi baharu pada penghujung bulan ini iaitu program Latihan Modul Integriti Penguatkuasa yang boleh melibatkan PBT di seluruh negara.

Turut hadir dalam perbincangan ini adalah En. Muhammad Razman Bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) dan Puan Elisa Helda Anak Dollen, Ketua Unit Integriti KPKT.

Manakala IIM turut diwakili oleh En. Harisham Ibrahim, Ketua Seksyen Penilaian dan Pembangunan Produk IIM dan Pn Farah Idayu Jaafar, Ketua Seksyen Sistem Pengurusan Integriti IIM.