Pegawai-pegawai kanan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bertempat di Kampus Utama ILIM, Bangi pada 7 Februari 2023.

Pertemuan ini telah membincangkan cadangan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi serta bertukar pandangan ke arah penambahbaikan pembudayaan integriti dalam pembangunan modal insan di Malaysia melalui modul latihan yang akan dibangunkan secara bersama.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM manakala IIM telah diwakili oleh Puan Norasikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar dan Penyelidikan IIM.