YBhg. Datuk Wan Suraya, KPE IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak pada 7 Mac 2023.
Pelbagai bentuk kerjasama strategik telah dibincangkan termasuk kerjasama dalam mengarkibkan gerakan Integriti yang telah dilaksanakan oleh IIM di Sarawak sejak 2022. Ini termasuk perkongsian bahan penerbitan IIM di Pustaka.
Ini diharap dapat meningkatkan pembudayaan integriti dan seterusnya mendidik pengamalan dan penerapan integriti dalam kalangan masyarakat setempat.






