YBhg. Datuk KPE IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Ahmad Nadzri Bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak pada 6 Mac 2023 bertempat di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak.

Agenda perbincangan termasuklah status pelaksanaan program-program strategik antara IIM dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sarawak dalam pembudayaan dan pengamalan integriti serta tata kelola terbaik. Ini termasuk pencapaian agensi-agensi sektor awam dan swasta Sarawak menerusi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) pada tahun lepas.