YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Puan Hajah Norita binti Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor Incorporated (Pemerbadanan) (MBI) pada 1 Jun 2023.

Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kerjasama antara IIM dan MBI Selangor dalam usaha pemantapan dan penerapan nilai-nilai murni integriti melalui pelbagai program bersama pada tahun ini.

Antaranya adalah cadangan pengisian aktiviti oleh MBI sempena Sambutan Bulan Integriti sepanjang bulan November 2023 di peringkat Negeri Selangor.

IIM juga menjemput MBI dan anak-anak syarikatnya untuk turut menyertai AIGA 2024 pada tahun hadapan.

Kedua pihak juga membincangkan pelbagai bentuk latihan yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi integriti dalam kalangan warga kerja MBI dan anak-anak syarikat MBI.