Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Bin Omar, Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat) IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Encik Shaharul Sadri Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia (JSM) pada 18 Mei 2023.
Agenda perbincangan merangkumi cadangan kerjasama strategik berkaitan integriti dan tata kelola baik seperti penglibatan JSM sebagai Rakan Sokongan kepada penganjuran IIM-SIRIM QAS National Conference on Good Governance 2023 yang dijadualkan pada 17 Ogos 2023, serta penglibatan JSM dalam penganjuran Anugerah Integriti, Antirasuah dan Governance (AIGA) 2023.
Turut dibincangkan penglibatan IIM dalam proses pembangunan atau penambahbaikan standard-standard yang berkaitan integriti dan tata kelola, dan kerjasama dalam penganjuran forum atau seminar yang berkaitan.
Hadir sama pada sesi kunjungan hormat ini adalah Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Pengurus Besar Kanan (Operasi) IIM (M) dan Encik Hussalmizzar Hussain, Pengarah Kanan Standardisasi JSM.


