YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membuat kunjungan hormat ke atas YBrs. Dr. Mohamad Kamal Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, Razak School of Government (RSOG) di Cyberjaya pada hari ini, 11 Mei 2022.
Pelbagai agenda dibincangkan dalam usaha mewujudkan kerjasama melalui program-program yang menjurus kepada pemantapan nilai-nilai kepimpinan individu dan penerapan budaya integriti yang tinggi dalam kalangan penjawat awam dan sektor swasta khususnya serta perkongsian sumber yang dapat memberikan manfaat kepada IIM dan RSOG.
Turut serta dalam sesi ini ialah beberapa orang pegawai kanan IIM dan RSOG.


