YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang ini, 13 Jun 2022.

Kunjungan ini antara lain bertujuan membentuk cantuman kolaborasi antara IIM dan SPRM terutama dalam memperkasakan ekosistem dan pembudayaan integriti negara. Ini termasuk cadangan pembangunan Modul Asas Integriti pemerkasaan jati diri secara bersama terutamanya di peringkat pelajar sekolah dan Mahasiswa IPTA/IPTS, pelajar Kolej serta golongan belia.

Turut hadir mewakili SPRM adalah YBhg. Datuk Seri Norazlan bin Mohd Razali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM dan YBhg. Dato’ Hj Idris bin Zaharudin, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Manakala IIM turut diwakili oleh Tuan Haji Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan Operasi, Encik Harisham Ibrahim, Ketua Seksyen Perancangan Strategik, dan Encik Zubayry Abady Sofian, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat.