YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertempat di MIDA Sentral pada 27 Oktober 2022.
Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut, antaranya usaha untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara IIM dan MIDA dengan cadangan pelaksanaan Anti Bribery Management System (ABMS), Corporate Integrity System Malaysia (CISM) dan program-program latihan & pendidikan yang menjurus kepada pengukuhan integriti dan pemantapan tadbir urus kalangan sektor swasta.
YBhg. Tan Sri Sulaiman Mahbob yang juga merupakan mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM yang pertama (2004-2006) turut berkongsi pengalaman dan aspirasi beliau ketika diberikan amanah untuk menerajui IIM dahulu semasa penubuhannya.
Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Pengurus Besar Kanan Khidmat Korporat IIM, En. Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar dan Puan Siti Ruzaina Shahidan, Ketua Unit Integriti Dan Governans MIDA.


