Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM), YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi BURSA Malaysia Berhad pada 21 Julai 2022.
Perbincangan yang diadakan antara lain menjurus kepada kerjasama strategik serta program integriti dan tadbir urus yang melibatkan BURSA sebagai Rakan Strategik IIM. Ini termasuk pembangunan dan pelaksanaan Modul Latihan 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi kepada pihak-pihak berkepentingan.
Datuk Wan Suraya juga telah berkongsi beberapa inisiatif baharu IIM dalam memperkasakan agenda integriti dalam kalangan sektor awam dan swasta termasuk IKS.

