YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 30 Januari 2023.

Kedua belah pihak telah membincangkan pelbagai bentuk cadangan kerjasama strategik yang boleh dijalinkan termasuk cadangan kapsul program bicara bersama Radio IKIM, kolaborasi pengurusan sistem maklumat perpustakaan serta perkongsian kepakaran dalam bidang penyelidikan.

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Chief Executive Officer of IIM made a courtesy visit to YBhg. Prof. Associate Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Director General of the Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) on 30 January 2023.

Both parties discussed various potential collaboration including introducing integrity capsule programme with IKIM Radio, as well as joint collaboration to strengthen IIM’s library and research information system.