YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Yusof Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka pada 15 September 2022 di Wisma Yayasan Melaka.

Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut, antaranya ialah penyertaan Yayasan Melaka dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2023 (AIGA 2023), status pembangunan Pelan Antirasuah Yayasan Melaka, pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dan penawaran Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi oleh IIM.

Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Puan Siti Ezah Abdul Ghani, Pengurus Audit dan Integriti Yayasan Melaka, dan Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Sistem Pengurusan Integriti IIM.