YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 9 Oktober 2023 bertempat di Menara Angkasapuri.
Agenda perbincangan termasuklah cadangan kerjasama strategik antara IIM dan RTM dalam usaha meningkatkan pembudayaan integriti di kalangan rakyat Malaysia menerusi platform media. Turut dibincangkan adalah insiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan dalam usaha mempromosikan penganjuran Bulan Integriti Nasional pada November kelak.
Sesi ini turut dihadiri oleh Ts. Putri Joliana Yaacob, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) RTM. Manakala IIM dihadiri oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat) dan Encik Izal Arif Zahrudin, Pengurus Besar (Operasi).


