YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) merangkap Ahli Lembaga Pengarah IIM di pejabat beliau di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada 23 Ogos 2023.

Agenda perbincangan merangkumi kerjasama strategik antara IIM dan JPM khususnya dalam pemantapan penerapan dan penghayatan nilai integriti dalam perkhidmatan awam.

Di perjumpaan ini juga, YBhg. Datuk Seri Sollehuddin turut memberi pandangan dan berkongsi idea bagi memantapkan lagi nilai produk dan perkhidmatan IIM.