YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melakukan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di Putrajaya pada hari ini.
Pelbagai agenda dibincangkan dalam usaha untuk memantapkan perjawatan dan perkhidmatan di IIM. Turut hadir dalam sesi ini ialah beberapa pegawai kanan dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan dari IIM.



