YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan pada 9 Oktober 2023 bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
Pertemuan ini menjurus kepada cadangan kerjasama strategik antara IIM dan MinDef dalam usaha memperkasakan pembudayaan integriti dan tata kelola organisasi.
Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Zainuddin Hussin, Ketua Unit Integriti MinDef. Manakala IIM dihadiri oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat) dan Encik Izal Arif Zahrudin, Pengurus Besar (Operasi).




