YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 27 Oktober 2023 bertempat di Putrajaya.
Agenda perbincangan termasuklah cadangan kerjasama strategik antara IIM dan KKD dalam usaha meningkatkan pembudayaan integriti di kalangan rakyat Malaysia menerusi platform media. Turut dibincangkan adalah insiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan dalam usaha mempromosikan penganjuran Bulan Integriti Nasional pada bulan November kelak.
Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat), wakil pihak Pengurusan IIM dan Pegawai Undang-Undang IIM dan KKD.




