YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pengawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melakukan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara pada hari ini, 26 April 2022.
Pelbagai agenda dibincangkan dalam usaha untuk memantapkan program dan modul latihan yang menjurus kepada pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam. Turut terlibat dalam sesi ini ialah beberapa orang pegawai kanan IIM dan INTAN.

