YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu dilantik di pejabat beliau di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada 3 Oktober 2023.

YBhg. Datuk Nor Yahati turut mengalu-alukan kehadiran YBhg. Datuk Awang sebagai Ahli Lembaga Pengarah IIM yang baharu serta berkongsi peranan dan program-program yang bakal dilaksanakan IIM khususnya sepanjang sambutan Hari Integriti Nasional.

Hadir sama pada perjumpaan ini adalah Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat, Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar dan Pengurus Besar (Operasi), Encik Izal Arif bin Zahrudin dan wakil Pengurusan Tertinggi IIM.