YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datu Haji Junaidi Haji Reduan, Datuk Bandar Kuching Utara, pada 15 Jun 2022.
Tujuan utama kunjungan hormat ini antara lain bertujuan membincangkan persediaan pelaksanaan Projek Rintis Community Integrity Building (CIB) IIM yang akan melibatkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai salah satu daripada 4 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak yang terpilih untuk program ini.
YBhg Datuk Bandar mengalu-alukan pelaksanaan CIB di DBKU yang dilihat selari dengan inisiatif “Kejiranan Mesra” yang dijalankan oleh DBKU.
Kedua belah pihak juga membincangkan program-program integriti yang boleh dianjurkan bersama di Kuching Utara.
Turut sama dalam sesi ini ialah Encik Samsury Bin Sahari, Ketua Division Audit Dalam DBKU.

