YBhg. Datuk KPE telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di pejabat beliau di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada 8 Disember 2022.

Di dalam pertemuan tersebut, YBhg. Datuk KPE telah berkongsi tentang gerak kerja terkini IIM dalam bidang integriti dan tadbir urus di samping program-program yang telah disusun atur bagi tempoh suku tahun pertama 2023.

Turut dibincangkan adalah pengukuhan organisasi IIM sebagai peneraju usaha-usaha penerapan dan pemantapan integriti dan tadbir urus baik di dalam sektor awam dan swasta serta kalangan masyarakat Malaysia.