Sesi kunjungan hormat delegasi dari Institut Integriti Malaysia (IIM) ke Sarawak diteruskan dengan perjumpaan bersama YBhg. Dato’ Amir bin Umar, Setiausaha Persekutuan Sarawak pada 14 Jun 2022.
Dalam sesi ini, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah membincangkan antara lain perancangan IIM berhubung Sambutan Bulan Integriti Nasional pada bulan November 2022 .
Dalam kesempatan ini juga, Datuk Wan Suraya turut menjelaskan tentang mandat, peranan dan fungsi baharu IIM yang lebih memfokuskan kepada program-program advokasi dan libat urus berkaitan integriti dan tadbir urus.



