YBhg. Datuk KPE IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan di Bangunan Parlimen pada 27 Februari 2023.
Agenda perbincangan termasuklah cadangan kerjasama strategik antara IIM dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dalam usaha menyemai dan memperkasakan pembudayaan integriti dalam penyampaian perkhidmatan khususnya di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui inisiatif Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti IIM (CIB-IIM).
Turut dibincangkan adalah insiatif-inisiatif bagi meningkatkan ketelusan terutamanya di dalam urusan perolehan di peringkat PBT serta tata kelola baik untuk menambah kecekapan dan mutu penyampaian perkhidmatan PBT.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah JKT.


