YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 8 November 2023 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Kunjungan hormat ini antara lain telah membincangkan potensi penglibatan IIM khususnya dalam memperkasakan pembudayaan integriti menerusi produk-produk yang ditawarkan oleh IIM. Antaranya termasuklah pelaksanaan program Community Integrity Building (CIB); Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) dan Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) peringkat Negeri Pahang.

Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Noor Jihati Abdul Kadir, Ketua Unit Integriti, SUK Negeri Pahang. Manakala IIM dihadiri oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat) dan Encik Izal Arif Zahrudin, Pengurus Besar (Operasi).