Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat delegasi Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) pada 28 Februari 2023.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan lanjut berkaitan produk dan perkhidmatan IIM meliputi konsultasi, program latihan dan penilaian integriti serta potensi jalinan kerjasama strategik PUSAKA dengan IIM. Perbincangan turut memfokuskan kepada pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) PUSAKA.

Delegasi PUSAKA telah diketuai oleh YBrs. Puan Suraya bin Mohamad Ali, Penolong Pengurus Besar Pentadbiran dan Pengurusan Modal Insan.

Sesi perbincangan dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Rais bin Ramli, Ketua Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat IIM.