Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia (BEM) yang diketuai oleh Ir. K Sundraraj A/L A. Krishnasamy, Ahli Lembaga Pengarah & Pengerusi Jawatankuasa Amalan Ikhtisas BEM diiringi Ir. Hj. Anuar bin Mohd Aris, Ahli Jawatankuasa Amalan Ikhtisas BEM pada 21 Februari 2023.

Perbincangan menjurus kepada pelaksanaan Guidelines on Integrity Management System for Engineering Consultancy Practices (ECPs) yang telah dibangunkan bersama oleh BEM dengan kerjasama IIM pada tahun lepas.

Antara lain, kedua pihak membincangkan kerjasama dari aspek pelaksanaan program-program BEM kepada ECPs pada tahun 2023 seperti penganjuran Bengkel Latihan Seksyen 17A, Bengkel Anti-bribery Management System (ABMS) dan penglibatan IIM dalam BEM Roadshow 2023.

IIM merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Amalan Ikhtisas BEM.