Datuk KPE telah membuat kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel semasa lawatan kerja beliau ke Bangkok, Thailand pada 23-24 November 2022.

Antara lain, KPE telah berkongsi tentang gerak kerja terkini IIM dalam bidang integriti dan tadbir urus. IIM juga telah membekalkan beberapa salinan Buletin IIM untuk edaran Malawakil Bangkok.

Selain itu, IIM juga berhasrat menjalin kerjasama lebih erat dengan pihak United Nations Development Programme (UNDP) khususnya dalam program-program usahasama seperti penyelidikan dan penerbitan di dalam bidang integriti dan tadbir urus.

Bagi tujuan tersebut, Datuk KPE turut mengadakan pertemuan dengan Encik Darko Pavlovic dan Puan Jehan Wan Aziz dari UNDP. Perbincangan menjurus kepada peranan dan ruang kerjasama di antara IIM dan pihak UNDP dalam melaksanakan inisiatif penerapan dan pemantapan integriti dan tadbir urus serta “benchmarking” di peringkat serantau dan antarabangsa.