Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Utara Malaysia (Official FB)yang diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Russayani binti Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pada 12 Oktober 2023 bertempat di Putrajaya.
Pertemuan ini menjurus kepada cadangan kerjasama strategik antara IIM dan UUM dalam usaha memperkasakan pembudayaan integriti dan tata kelola terutama kepada mahasiswa dan amnya kepada nasional.
Pihak UUM turut mengemukakan cadangan melantik YBhg. Datuk KPE IIM sebagai Felo Adjung, pelantikan pegawai IIM sebagai pensyarah jemputan dan kolaborasi usahasama penyelidikan serta program/forum diperingkat nasional pada tahun 2024.
Sesi ini turut dihadiri oleh Dekan, Pusat Pengajian Kerajaan serta Pengarah, Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC). Manakala IIM dihadiri oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat) dan Encik Izal Arif Zahrudin, Pengurus Besar (Operasi).





