YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Abd Razak Deraof, Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus, Telekom Malaysia Berhad pada 29 Ogos 2022.
Kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai bentuk cadangan kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara IIM dan Telekom dalam usaha memperkasakan agenda integriti dan governans negara.
Ini termasuk keterlibatan IIM dalam Sambutan Hari Integriti Telekom yang akan disambut pada 1 November 2022. Program Bicara Integriti dengan tema “Integriti Tanpa Kompromi” antara cadangan program yang bakal diadakan pada sambutan berkenaan.
Turut hadir Ketua Dasar, Pendidikan Kumpulan Integriti dan Tadbir Urus, Telekom Malaysia Berhad, Puan Sharifa Abdul Kadar.


