YBhg. Datuk Wan Suraya, KPE Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang diketuai oleh YBrs. En. Amran Abd Kadir, Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM pada 18 Oktober 2022.
Antara yang dibincangkan oleh kedua pihak termasuklah cadangan kerjasama strategik khususnya dalam memantapkan nilai integriti dan governans dalam kalangan warga SKM dan agensi di bawah seliaan SKM.
Hadir sama dari pihak SKM ialah Pn Zuhaini Romli, Pengarah Akademi SKM; Pn Azizah Sahar, Pengarah Unit Integriti dan En Mushalizan Ahmad, Penolong Pengarah Unit Integriti.


