YBhg. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah menerima kunjungan hormat daripada sekretariat Jaringan dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 13 April 2022.

Dalam pertemuan ini, kedua belah pihak telah membincangkan pelbagai cadangan kolaborasi antara IIM dan UKM. Ini termasuk
cadangan penawaran Program baharu Sijil Profesional Kepimpinan Integriti yang akan dibangunkan bersama.

Delegasi UKM diketuai oleh YBrs. Prof Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.