YBrs Dr. Muhamad Azwan Abd Rahman, Pengerusi Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF) telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) pada hari ini, 15 April 2022.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk membincangkan pelbagai cadangan bentuk jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh IIM dan NARATIF.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Muhammad Rahimi Hasan, Setiausaha NARATIF serta beberapa orang pegawai kanan IIM.

