Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Padiberas Nasional Berhad pada 12 Oktober 2023 bertempat di Putrajaya.
Pada pertemuan tersebut, pihak BERNAS menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan IIM sebagai rujukan oleh organisasi lain bagi menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah.
BERNAS telah dihadiri oleh En. Khairulnizam Omar, Ketua Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko dan Pn. Siti Aisyah Azman, Eksekutif Integriti. IIM, turut disertai oleh En. Izal Arif bin Zahrudin, Pengurus Besar (Operasi), Pn. Alice Suriati Mazlan, Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, En. Zubayry Abady Sofian, Ketua Seksyen Perancangan Dan Strategik Korporat, En. Muhammad Qayyum bin Salim, Ketua Seksyen Bitara dan Komuniti dan Puan Maisyarah Mansoruddin, Ketua Seksyen Audit Dalam & Governans.




