Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Adj. Prof. Paul W Chan, Presiden, Malaysian Alliance of Corporate Directors (MACD) dan Datuk William Ng, Ahli Lembaga Pengarah (MACD).
Kedua-dua pihak membincangkan tentang cadangan kerjasama yang boleh dilaksanakan di antara IIM dan MACD dalam usaha untuk menyebarluaskan dan meningkatkan tahap kesedaran dan penambahbaikan mengenai integriti, governans dan antirasuah dalam kalangan sektor korporat di Malaysia.

