YBhg. Datuk Wan Suraya, KPE Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada kumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Jamaliah Said, Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), UiTM pada 29 September 2022.
Para penyelidik telah diberi penerangan berkaitan hala tuju baharu IIM, produk dan perkhidmatan IIM serta fungsi dan peranan terkini IIM dalam membantu sektor awam dan sektor swasta dalam pengukuhan integriti dan governans.
Turut dibincangkan adalah peluang kerjasama dalam bidang latihan dan penyelidikan antara IIM, UiTM, KUPTM dan USM berkaitan integriti dan governans. Ini selari dengan teras utama baharu IIM dalam memperkasakan aspek Pendidikan, Advokasi dan Latihan, Penyelidikan dan Penerbitan serta Kerjasama Strategik.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah En. Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Khidmat Korporat IIM, dan Pn. Norashikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar, Pembangunan Produk & Penyelidikan IIM.


