Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah KOR Agama Angkatan Tentera (KAGAT), YBrs. Mej Jen Hj Mohd Rashidi Bin Bujai pada 23 Jun 2022.
Kunjungan hormat ini diadakan bersempena majlis sambutan 100 hari Pemerintahan dan Pelancaran Blueprint Agenda Kerohanian KAGAT 2022-2025 yang diadakan di IIM pada hari yang sama.
Turut hadir ialah Tuan Haji Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan (Operasi) IIM dan Lt Kol Ahmad Kamil Bin Hj Abdullah, Ketua Inspektorat KAGAT.
Kedua pihak membincangkan cadangan bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara IIM dan KAGAT dalam usaha memperkasakan agenda integriti nasional.
Ini termasuk program advokasi, latihan dan kursus anjuran IIM yang menjurus kepada pembinaan sahsiah, etika kepimpinan, integriti dan tadbir urus baik kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

