Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Usaha Niaga dan Kelestarian, Aeon Co.(M) Bhd., Encik Azli Mohamed pada 18 Ogos 2022.

Kedua-dua pihak membincangkan cadangan bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara IIM dan AEON dalam usaha memperkasakan agenda integriti dan governans negara terutama dalam sektor peruncitan. Ini termasuk cadangan AEON untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan IIM dalam masa terdekat bertujuan melaksanakan program-program berkaitan integriti dan governans dalam ruang lingkup ESG.

Turut hadir ialah Ketua Kelestarian AEON, Encik Tan Hong Tat, serta Penolong Pengurus Besar, Governans dan Integriti AEON, Puan Shamala Mary.