YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Syamsul Zahrin Zainudin, Ketua Pegawai Eksekutif, NIOSH Certification Sdn. Bhd. pada 14 September 2022.

Kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai bentuk cadangan kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara IIM dan NIOSH Certification Sdn. Bhd. serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dalam usaha memperkasakan agenda integriti nasional.

Ini termasuk cadangan kerjasama dalam penganjuran Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2023 (AIGA 2023), pembangunan dan pelaksanaan modul kesedaran integriti dalam kursus-kursus anjuran NIOSH, pelaksanaan Kursus Seksyen 17A dan Tatacara Mencukupi secara berkala oleh IIM dan penggunaan fasiliti samada di premis NIOSH atau IIM.

Turut hadir adalah Tn Hj Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi IIM; Encik Mohd Hussin Abd Salam, Pengurus Perniagaan dan Pemasaran NIOSH; Puan Asiah Nasution Suhaimi, Pengurus Kanan Teknikal Pensijilan NIOSH Certification; dan Puan Wilhelmina Ngelambai, Pengurus Pembangunan Perniagaan NIOSH Certification.