Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada En. R. Narendranath, Ketua Pegawai Eksekutif Tech Food Ingredients Sdn Bhd pada 27 Mac 2023.

Tech Food adalah syarikat pembekal bahan makanan kepada McDonald’s Malaysia dan juga McDonald’s ASEAN. Syarikat ini juga merupakan salah satu syarikat yang telah berjaya menerima sijil penyertaan bagi program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) pada tahun lepas daripada IIM.

Tech Food Ingredients antara syarikat PMKS yang berminat mendaftar untuk menyertai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023.

Turut hadir dalam sesi perbincangan adalah Ketua Seksyen Audit Dalam dan Governans (SADG), Puan Maisyarah Masarodin dan wakil Seksyen Dasar dan Penyelidikan (SDP).