YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) yang diketuai oleh En. Jais Abdul Karim, Presiden MCW pada 29 Ogos 2023.

Perbincangan menjurus kepada pelbagai peluang kerjasama strategik khususnya melalui inisiatif pembudayaan Integriti yang berteraskan anti rasuah kepada pelbagai kumpulan sasar. Antaranya termasuklah cadangan melaksanakan program pembudayaan Integriti dalam kalangan mahasiswa serta penerbitan mesej pendidikan antirasuah dalam bentuk video pendek.

IIM turut diwakili oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Encik Izal Arif Zahrudin, Pengurus Besar Kanan Bahagian Khidmat Operasi.