YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat dari YBrs. Encik Mohd Salihin Othman pada 3 Ogos 2022.

Encik Mohd Salihin yang baharu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah IIM pada 4 Julai 2022 merupakan Pegawai Perhubungan Sektor Awam, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan mempunyai pengalaman luas dalam dalam hal ehwal kewangan dan audit.

KPE telah membincangkan status terkini pelbagai aktiviti dan program IIM serta beberapa perancangan hala tuju baharu IIM.

Manakala En Salihin telah menzahirkan komitmen beliau untuk sama-sama membantu pasukan pengurusan tinggi dalam memantapkan fungsi dan peranan IIM sebagai peneraju utama agenda integriti dan tadbir urus negara.