YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah menerima kunjungan hormat dari YBhg. Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin, Naib Canselor, Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) pada 29 September 2022 di Menara INTEGRITI.

Perbincangan dalam sesi pertemuan tersebut tertumpu kepada cadangan kerjasama strategik antara IIM dan UCYP dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan dan penerbitan bersama, perkhidmatan perpustakaan dan penempatan tenaga pengajar dan pelajar. Perbincangan juga menjurus kepada usaha pengukuhan budaya integriti di peringkat institusi pengajian tinggi.

Kerjasama strategik ini akan diperkukuhkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dalam masa terdekat.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah En. Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Khidmat Korporat IIM; En. Harisham Ibrahim, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Pn. Norashikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar, Penyelidikan & Pembangunan Produk IIM. Manakala pihak UCYP diwakili oleh Professor Madya Ts. Dr. Hafizan Mat Som, Timbalan Naib Canselor, Pemajuan Akademik & Kualiti; Ts. Suriyani Sulaiman, Ketua Pegawai Digital; dan Puan Suhaila Haji Mukhtar, Penolong Naib Canselor, Penjenamaan, Komunikasi & Diplomasi Korporat.