Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat dari YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti & Antirasuah Nasional (GIACC) yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah IIM.


Di kesempatan itu, YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah menerangkan tentang beberapa perancangan hala tuju baharu IIM.


IIM merupakan agensi di bawah GIACC yang diamanahkan untuk meningkatkan kapasiti, kompetensi dan kepakaran penjawat awam dan korporat untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam pengurusan integriti dan tadbir urus negara.