Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor , Naib Canselor UiTM pada 25 Januari 2023.

Delegasi UiTM telah disambut oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, KPE IIM. Perbincangan antara kedua-dua pihak menjurus kepada kerjasama pintar antara IIM dan UiTM terutamanya dalam konteks memperkasakan integriti dan tatakelola khususnya di UiTM sendiri.

Ini termasuk cadangan menjalankan projek rintis Pembangunan Integriti Mahasiswa yang merupakan salah satu inisiatif baharu IIM untuk meningkatkan integriti di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Cadangan itu juga dilihat selari dengan usaha UiTM sebagai universiti yang melahirkan graduan yang holistik terutamanya dari segi sahsiah dan integriti.

Antara cadangan lain, termasuklah kerjasama dalam memantapkan Pusat Ilmu Integriti IIM sebagai Knowledge Management Centre dengan perkongsian bahan ilmiah antara UiTM dan IIM berkaitan integriti dan tatakelola. IIM dan UiTM juga bersetuju untuk mengkaji cadangan pembangunan satu Kajian Indeks Persepsi Integriti Mahasiswa yang dapat menjadi indikator rujukan nasional terutamanya dalam konteks integriti dan tatakelola.

Kedua-dua pihak juga telah mencapai kata sepakat untuk menjalankan program penempatan pelajar-pelajar UiTM dalam jurusan berkaitan di IIM.

Pihak IIM dan UiTM telah bersetuju untuk memurnikan semua cadangan kerjasama ini melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal diperincikan dalam masa terdekat.

Kunjungan hormat tersebut telah dihadiri pegawai-pegawai dari Unit Integriti UiTM dan juga pegawai pengurusan IIM.

The Malaysian Institute of Integrity (IIM) received a courtesy visit from Universiti Teknologi Mara (UiTM), led by YBhg. Prof. Datuk. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Vice Chancellor of UiTM, on 25 January 2023.

The UiTM delegation was welcomed by YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, CEO of IIM.

Discussions centred around potential collaborative programs between IIM and UiTM, especially in the context of strengthening integrity and governance at UiTM.

This includes IIM’s proposal to introduce a new Student Integrity Development pilot project, aimed at strengthening integrity among students in higher learning institutions such as UiTM.

The proposal is also seen to be in line with UiTM’s aspiration as a university that can produce graduates who are holistic, especially in terms of personality and integrity.

Other potential projects include strengthening IIM’s Integrity Knowledge Center as a Knowledge Management Center by sharing and exchange of scientific and educational materials between UiTM and IIM related to integrity and governance.

IIM and UiTM have also agreed to collaborate in developing a Student Integrity Perception Index Study which could become a new national reference indicator on integrity and governance.

In addition, both parties have agreed to set up an internship program at IIM for UiTM students majoring in related courses.

Both IIM and UiTM will formalise these areas of cooperation through a Memorandum of Understanding (MoU) that will be detailed soon.

The courtesy visit was also attended by officers from the UiTM Integrity Unit and IIM senior management.