Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai oleh YBrs. Puan Wan Najihah Nurashikin Wan Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia UIAM pada 8 Mac 2023.
Delegasi telah disambut oleh En. Mas Affendi Masarudin, Pegawai Tugas-tugas Khas, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif IIM bersama-sama barisan pengurusan IIM.
Pelbagai topik telah dibincangkan secara bersama merangkumi penggunaan produk dan perkhidmatan IIM seperti Integrity Individual Profile (IIP) secara berfokus dan bersasar di UIAM serta pembangunan ISO 37001 Anti Bribery Management System (ABMS) sebagai usaha untuk memantapkan struktur integriti dan tadbir urus UIAM, selari dengan kedudukannya sebagai sebuah CLBG yang tertakluk di bawah liabiliti korporat, Seksyen 17 A Akta SPRM 2009.
Kedua pihak juga membincangkan kerjasama strategik jangka panjang melalui pemeteraian MoU dalam masa terdekat, mencakupi pelaksanaan latihan berkaitan integriti dan tata kelola kepada warga UIAM serta khidmat nasihat daripada IIM untuk membantu memantapkan tadbir urus UIAM.

