Seksyen Audit Dalam dan Governans (SADG), Institut Integriti Malaysia (IIM), telah menerima kunjungan hormat dari Unit Audit Dalam (UAD) dan Unit Integriti & Pematuhan (UNIP) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 5 Oktober 2022 di Menara INTEGRITI.

Kedua-dua pihak membincangkan pelbagai bentuk kerjasama strategik khususnya dalam meningkatkan tadbir urus, kawalan dalaman dan tahap integriti warga kerja masing-masing. Antara lain ini termasuk cadangan kerjasama dalam memberi nilai tambah, penambahbaikan, pembaharuan dan keberkesanan kawalan dalaman serta amalan tadbir urus kedua-dua institut.

Dalam pertemuan ini juga, En. Muhammad Qayyum Salim, Ketua Seksyen SADG telah memaklumkan mengenai sambutan Bulan Integriti Nasional sepanjang bulan November 2022.

Kunjungan hormat ini dihadiri oleh Puan Nor Aziah Binti Anuar, Ketua Pegawai Audit Dalam, dan Encik Atiqurrahman Bin Rosdi, Pegawai Integriti & Pematuhan bersama pegawai-pegawai kedua-dua institut.