YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Pengamal Sistem Pengurusan Anti-rasuah Malaysia (ABMS-MY) pada 15 Julai 2022. Delegasi ABMS-MY diketuai oleh YBhg. Datuk Fadilah Baharin (Penasihat ABMS-MY). Turut hadir ialah Dr. KM Loi (Presiden ABMS-MY), Pn. Fauziah Sulaiman (Timbalan Presiden ABMS-MY) dan En. Balbeer Singh (EXCO ABMS-MY).
Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk membina hubungan strategik, serta membincangkan cadangan kerjasama yang boleh dijalinkan antara ABMS-MY dengan IIM dalam meningkatkan integriti dan governans negara .
Kerjasama dengan rakan pemegang taruh seperti ABMS-MY amat penting bagi IIM khususnya dalam memperkukuhkan ekosistem integriti nasional.


