YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat dari Malaysian Community Care Foundation (MCCF) pada 8 Jun 2022. Delegasi MCCF diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Halim Haji Ishak, Pengerusi MCCF.

Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan cadangan bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara MCCF dan IIM.

Turut hadir dari MCCF ialah Dato’ Rosmadi Ghazali, Timbalan Pengerusi MCCF, Professor Datuk Dr. Mohd Tajuddin Md. Ninggal – Felo Penasihat MCCF dan Encik Leong Cheow Fook – Ketua Unit Teknologi MCCF.

Manakala dari IIM turut hadir adalah Tuan Haji Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan (Operasi) dan Puan Farah Idayu Jaafar, Ketua Seksyen Sistem Pengurusan Integriti IIM.