YBhg. Datuk KPE telah menerima kunjungan hormat dari Malaysian Association Certified Fraud Examiners (MACFE) pada 24 Mac 2023. Delegasi MACFE yang diketuai oleh Presidennya, YBhg. Dato’ Sri Akhbar Satar turut disertai oleh Encik Imran Najmi, Pengarah Latihan MACFE dan Encik Niven Nambiar, Penolong Setiausaha MACFE.

Agenda perbincangan merangkumi potensi kerjasama strategik seperti penglibatan IIM dalam program-program latihan anjuran MACFE yang berkaitan etika dan integriti, serta penyertaan MACFE dalam AIGA 2023 khususnya sebagai panel penilai.