Puan Roshni Jayantilal, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) pada hari ini, 21 Mac 2022.
Kedua pihak bersetuju untuk membincangkan pelbagai cadangan bentuk jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh IIM dan MICG terutamanya yang memfokuskan kepada agenda tadbir urus korporat.

